Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi dan komposer, Yonnyboii iaitu Nik Nazira ada memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menyatakan dia tidak perlu meminta pendapat orang luar berhubung pemakaian dan penampilannya.
Artikel Berkaitan: Yonnyboii Padam Semua Gambar & Video Di IG, Tinggalkan 179 Ribu Pengikut Dengan Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: Yonnyboii Dapat ‘Baby Boy’, Sempat Keluar Dating Tonton ‘Barbie’ Sebelum Bersalin
Salah faham, video repost
Bagaimanapun, Yonny ketika ditemui OhBulan! menjelaskan perkara yang berlaku adalah salah faham. Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, isterinya hanya berkongsi semula atau ‘repost’ salah satu perkongsian dari laman TikTok.
Malah, Yonny menegaskan, kenyataan dalam perkongsian berkenaan bukan ditulis oleh isterinya.
Perkara itu sebenarnya salah faham sahaja, video tersebut sebenarnya dia (Nik Nazira) hanya repost perkongsian dari TikTok dan video itu bukan kepunyaan dia pun, video orang lain.
Malah, ibu dia pun tanya kenapa post macam itu, bini saya kata dia tidak post, tapi hanya repost sahaja.
Mungkin juga isteri saya tidak sangka perkara tersebut akan buat segelintir pihak terasa, tapi niatnya hanya repost sahaja, sedangkan bukan dia yang tulis.
Yonny berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Persona yang berlangsung di Putrajaya Challenge Park, Putrajaya pada Sabtu.
Dalam masa sama, pelantun lagu Sakit itu berkata dia ada menasihati isterinya untuk sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian dalam media sosial.
Isteri saya kata, itu hanya perkongsian sahaja, tak akan dia tidak boleh nak post apa yang dia mahu di media sosial kan. Walaupun ada kalanya, kami berdua banyak kongsi di private.
Saya ada juga pesan dengan dia, kalau nak post apa-apa kena berhati-hati. Orang luar akan sentiasa perhati kami berdua dan akan serang bila-bila masa sahaja.
Dia rasa bingung kepada posting yang dia repost menjadi isu. Sekarang dia lebih sedar setiap apa yang dikongsikan akan menjadi perhatian netizen.