Baru sahaja sebulan mendapat lesen memandu, seorang remaja telah merempuh kereta Citroen C1 di jalan A4067 Swansea Valley, Australia sehingga menyebabkan kawan baiknya terbunuh.
Artikel Berkaitan: Tak Duduk Dalam ‘Car Seat’, Bayi 9 Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta
Artikel Berkaitan: 5 Maut Dirempuh Trak Di Majlis Pengebumian
Hilang kawalan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Mirror UK, Tayla King, 18 hilang kawalan lalu merempuh Citroen C1 sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada penumpangnya, Chantelle Thomas, 18.
Difahamkan, ramai orang berhenti untuk membantu mereka semasa kemalangan tersebut berlaku. Namun Chantelle tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebelum kejadian berlaku, dia membawa dua rakannya pulang ke rumah. Selepas menurunkan salah seorang daripada mereka, keretanya kemudian meninggalkan jalan raya dan terbabas.
Disebabkan kemalangan tersebut, Citroen yang dilanggar Tayla mengalami kerosakan besar manakala Tayla turut mengalami kecederaaan patah tulang pelvis dan tulang kolar, serta kecederaan limpa dan buah pinggang.
Tayla telah dijatuhkan hukuman tahanan selama 14 bulan di sebuah institusi pesalah muda yang digantung selama 12 bulan, dan juga dilarang memandu selama dua tahun dan diperintahkan untuk menyelesaikan 250 jam kerja tanpa gaji.
Sumber: Mirror UK