Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita yang bekerja sebagai kedi di sebuah kelab golf di Alor Gajah mendakwa dirinya dicabul dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Pemuda Cabul 35 Budak Lelaki, Buat ‘Projek’ Lepas Mangsa Pulang Dari Masjid
Suspek nafikan dakwaan
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya membuka kertas siasatan bagi melakukan siasatan lanjut selepas menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 21 tahun pada hari sama.
Difahamkan, kedua pegawai kanan tentera tersebut bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.
Menerusi laporan dibuat itu, mangsa mendakwa dicabul dua lelaki ketika bekerja di kelab golf berkenaan.
Susulan itu, kedua-dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel berusia 51 dan 52 tahun dipanggil bagi membantu siasatan Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Zainol turut mengesahkan pihaknya juga ada menerima laporan dibuat dua pegawai tentera itu yang menafikan mereka bertindak seperti mana yang didakwa mangsa.
Suspek terbabit membuat laporan menafikan kejadian itu manakala satu lagi laporan dibuat rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun menyatakan dia tidak melihat insiden berkenaan berlaku.
Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
Sumber: Harian Metro