Foto: Harian Metro
Baru- baru ini, tular mengenai seorang penyanyi terkenal era 1990-an yang tidak mahu keluar dari rumah sewa selepas gagal menyelesaikan bayaran tertunggak sebanyak RM3,600.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Tunggakan Bil Elektrik Cecah RM10k
Sudah buat empat laporan polis
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, Liza sudah ke rumah penyanyi itu untuk berbincang, namun individu itu tidak boleh dibawa berbincang.
Dia seorang yang tidak boleh dibawa berbincang. Dia keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang.
Liza turut menyatakan bahawa penyanyi itu sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM 900 sebulan dari bulan Jun sehinggalah September.
Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga tidak pernah membayar bil elektrik yang berjumlah hampir RM7,000.
Saya sudah membuat empat laporan polis terhadapnya, tapi masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan.
Tambah Liza, penyanyi tersebut telah menyewa rumahnya di Setapak Indah sejak Oktober 2020 selepas kisahnya menjadi tular. Malah, dia menerima bantuan dari Pusat Pengutipan Zakat (PPZ) melalui seorang ejen yang membantu mencarikan kediaman untuknya pada waktu itu.
Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah berkenaan pada masa itu dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu. Tapi, malangnya sehingga kini walaupun kontrak sewa sudah tamat, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah saya.
Saya ada datang ke rumah itu pada 18 September lalu untuk berbincang dengannya dan memohon dia sekeluarga keluar kerana saya nak menetap semula di rumah berkenaan yang juga aset peninggalan Allahyarham suami saya yang meninggal dunia pada 27 September 2019.
Menghadapi masalah kewangan
Gambar sekadar hiasan
Disebabkan perkara itu, Liza kini menghadapi masalah kewangan yang memerlukan dirinya untuk mendapatkan semula rumah itu.
Penyanyi itu ada memberitahu Liza yang dia akan keluar jika ada kediaman lain untuknya.
Menurut Liza, rumah sewa penyanyi itu dibayar oleh PPZ dari Oktober 2020 sehingga September 2021. Kemudian Baitulmal pula yang membayarkannya sewa dari Oktober 2021 hingga September.
Saya harap sangat pihak tertentu seperti PPZ dan Baitulmal tampil membantu saya dan carikanlah rumah lain untuk dia.
Bil elektrik pula tidak pernah dibayar sejak dia duduk di rumah itu sehingga sekarang tunggakan sudah mencecah hampir RM7,000. Oleh itu, saya harap sangat ada pihak dapat membantu sebab saya nak dia keluar dari rumah itu. Saya nak ambil khidmat guaman, tidak berkemampuan kerana bukan orang senang.
Ibu kepada tiga orang anak ini bersedia untuk menyelesaikan masalah ini dengan penyanyi tersebut secara baik di luar mahkamah dan masih mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian ini.
Sumber: Harian Metro