Selepas beberapa tahun dengan imej berambut panjang, pelakon senior Norman Hakim akhirnya mengambil keputusan memotong pendek rambutnya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nampak Macam Jenis Tak Tegur Anak Ke? Takkan Semua Benda Nak Beritahu’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: ‘Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka’ – Norman Hakim Mohon Maaf Bagi Pihak Anak
Kembali rambut pendek
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata dia mempunyai beberapa sebab untuk kembali berambut pendek dan antaranya adalah membuatkan isterinya, Memey Suhaiza gembira.
Banyak asbab untuk pilih hari ni (Jumaat) untuk kembali kepada ‘kejadian asal’
Tapi dalam beberapa asbab tu, paling penting dapat buat isteri saya Memey Suhaiza riang ria gembira macam kanak-kanak ribena.
Melihat dia gembira adalah kebahagian terbesar untuk saya juga, alhamdulillah.
Dalam hantaran sama, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang memotong rambutnya.
Sementara itu, Memey dilihat meninggalkan komen pada perkongsian tersebut dengan mengatakan dia merindui suaminya berambut pendek.
Sayang, saya suka. I love more and more. Rindu rambut ini.
Menerusi tinjauan OhBulan!, Norman mula menyimpan rambutnya sekitar hujung tahun 2021.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram