Gambar sekadar hiasan
Jiran kepada penyanyi lelaki popular era 90-an yang gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah telah tampil mendedahkan sikap sebenar penyanyi itu dengan mendakwa dia sering menggangu ketenteraman persekitaran kediamannya.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Tunggakan Bil Elektrik Cecah RM10k
Artikel Berkaitan: Penyanyi 1990-an Enggan Berbincang, Bawa Keluar Parang Masa Tuan Rumah Datang
Tak bermoral
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, individu yang dikenali sebagai Che Ma mendakwa sikap penyanyi terbabit telah mendatangkan ketidakselesaan terhadap penduduk setempat.
Pada waktu tengah malam hingga jam 2 sampai 3 pagi, dia bertukang dalam rumah yang membuatkan suasana bising dan mengganggu kami yang nak tidur. Kawasan rumahnya juga kotor dicemari najis kucing, selain merosakkan barangan penduduk setempat.
Sejak dia menetap di kawasan kediaman ini, penduduk berhadapan gangguan bunyi bising dan dia langsung tiada rasa hormat pada jiran. Saya sangat berharap ada pihak berkuasa yang dapat campur tangan membantu Liza (tuan rumah) dan kami (penduduk) menyelesaikan masalah ini.
Dalam pada itu, terdapat seorang lagi jiran yang dikenali sebagai Rashid, berharap agar ada pihak yang dapat menolong menyelesaikan masalah penyanyi tersebut selain membantu tuan rumah untuk mendapatkan semula kediamannya dalam kadar segera.
Sudah tiga tahun kami (penduduk) diam kerana bersabar walaupun keadaan dihadapi sebagai penghuni berjiran dengan penyanyi itu sangat terganggu. Saya sendiri pun amat kasihan dengan Liza kerana susah betul dia nak dapatkan rumahnya daripada penyanyi berkenaan.
Beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh Liza, namun semacam tidak dapat membantunya untuk memiliki semula rumah peninggalan Allahyarham suaminya daripada penyewa tidak bermoral sebegitu.
Saya minta sangat kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa yang boleh menangani masalah ini membantu kami. Tolonglah bawa keluar penyanyi itu dari tempat kediaman kami agar dia boleh menyewa di tempat lain yang lebih rendah kadar sewa bulanan.
Terdahulu, tuan rumah tersebut telah berbincang dengan penyanyi berkenaan menerusi panggilan telefon malah memberikan notis untuk mengosongkan rumah namun tidak diendahkan. Susulan itu, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis.
Sumber: Harian Metro