Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki telah ditangkap oleh polis di kawasan Parit Jawa, Muar kerana didakwa memukul isterinya selepas dia bertanya kenapa pulang lewat ke rumah.
Artikel Berkaitan: Suami Penggal Kepala Isteri Sebab Syak Jalin Hubungan Sulit Dengan Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: Lelaki Tergamak Tembak Bekas Isteri Depan Anak, Sempat Buat ‘Live’ Di Instagram
Tendang bahagian belakang badan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kosmo, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di mana suspek adalah warganegara tempatan.
Menurut laporan, isteri suspek telah bertanyakan kepada suspek mengenai kelewatan suspek pulang ke rumah dan selepas itu, secara tiba-tiba suspek telah memarahi dan meninggikan suara kepada mangsa supaya tidak masuk campur.
Suspek kemudiannya bertindak memukul isterinya dengan menendang pada bahagian belakang badan dan menumbuk pada bahagian lengan sebelah kiri.
Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek berusia 34 tahun di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi tadi atas kejadian yang mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek sebelum ini beberapa kali telah memukul isterinya dan suspek telah pun ditahan reman selama empat hari.
Disebabkan kejadian tersebut, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Ujian air kencing suspek adalah negatif dan suspek di tahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Oktober.
Sumber: Kosmo