berita

Lelaki Tergamak Tembak Bekas Isteri Depan Anak, Sempat Buat ‘Live’ Di Instagram

August 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bunuh Live IG

Foto: Daily UK

Seorang ahli bina badan bertindak menembak kepala bekas isterinya di hadapan bayi perempuan mereka.

Dia turut menyiarkan aksi tersebut di Instagram (IG) sebelum menembak dua lagi individu lain dan kemudian membunuh dirinya sendiri.

Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan

Artikel Berkaitan: Isteri Tergamak Tekup Suami Sampai Mati, Semata Nak Teruskan Skandal Dengan Sepupu

Datuk bandar isytihar darurat

Bunuh Live IG

Foto: Daily UK

Kejadian yang berlaku di Bosnia itu menyaksikan suspek Nermin Sulejmanovic bertindak membunuh bekas isterinya, seorang bapa dan anak lelakinya.

Media melaporkan bahawa lelaki itu menyiarkan video berkenaan pada pagi Jumaat dengan memberitahu kepada pengikutnya bahawa mereka akan melihat aksi pembunuhan secara langsung.

Dalam masa yang sama, suspek juga mencederakan seorang lelaki dan wanita lain di lokasi berbeza di Gradacac.

Menerusi video tersebut, suspek berusia 35 tahun itu turut menyenaraikan semua individu yang dibunuhnya.

Susulan itu, Datuk Bandar, Edis Dervisagic mengisytiharkan darurat di kawasan bandar tersebut dan orang awam juga diarahkan untuk menjauhi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, suspek telah membunuh diri sebelum berjaya diberkas pihak polis.

Sementara itu, pihak polis juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang menyatakan sokongan mereka terhadap perbuatan lelaki berkenaan ketika siaran langsung di IG.

Untuk info, Sulejmanovic merupakan seorang ahli bina badan dan jurulatih kecergasan. Dia juga pernah ditangkap polis berikutan kes penyeludupan dadah.

Sumber: Mirror UK, Daily Mail

SKIP THIS AD ×