Susulan daripada kes perceraian pelakon dan penyanyi Jeslina Hashim yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi, kes tersebut difahamkan terpaksa ditangguh ke tarikh yang seterusnya kerana Jeslina pada ketika ini berada dalam keadaan tidak suci (datang haid) dan prosiding kes bakal dibawa ke Mahkamah Tinggi.
Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangan ini, Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan pasangannya, Dion sudah tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan lalu dan anak-anak dikatakan berada di bawah jagaan Dion.
Dalam pada itu, Jeslina enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes perceraian tersebut.
Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini. Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi.
Beberapa tuntutan lain seperti muta’ah, hak penjagaan anak dan lain-lain, Mohd Hafiz telah membuat permohonan kepada Tuan Hakim Asrul Azlan Embong agar kes penceraian mereka dibawa ke mahkamah Tinggi dan kes akan bersambung pada tarikh yang bakal diberitahu kelak.
Sumber : MalaysianDigest