Gambar sekadar hiasan
Seorang pemandu ambulans didakwa mengabaikan tanggungjawab terhadap pesakit apabila dia bertindak memberhentikan kenderaan semata-mata untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja di tepi jalan.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Je Tahu Perasaan Sedih Masa Tu’ – Pemandu Ambulans Sebak Angkat Anak Maut Kemalangan
Artikel Berkaitan: Seorang Masih Di ICU, Bapa Penunggang Motosikal Reda Dua Anak Maut Dalam Nahas Kemalangan
Berhenti tiga saat
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Thai PBS World, insiden yang berlaku di Nakhon Nayok, Thailand itu menyaksikan pesakit bernama Sommai Thongkered, 64, mengalami kesukaran bernafas sebelum dibawa menaiki ambulans menuju ke salah sebuah hospital pada Jumaat.
Ketika dalam perjalanan ke hospital, pemandu berkenaan berhenti di sebuah gerai pisang goreng untuk mengambil makanan tersebut selepas memesannya secara atas talian.
Kejadian itu disaksikan oleh anak perempuan Sommai iaitu Suchada Mali yang bertindak membuat laporan kepada pihak hospital.
Bagaimanapun, dia kemudian mendedahkan tentang kejadian berkenaan di media sosial selepas aduannya tidak membuahkan hasil.
Susulan itu, pihak hospital telah tampil memohon maaf kepada keluarga pesakit dan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa ambulans tersebut tidak sepatutnya berhenti walaupun hanya untuk tiga saat.
Sementara itu, pemandu ambulans terbabit dilaporkan masih disiasat oleh pihak hospital berhubung tindakannya.
Sumber: Thai PBS World