Pelakon, Mawar Rashid mengakui dirinya ‘hanyut’ dan berada dalam keadaan yang keliru selepas mengambil keputusan untuk membuka hijabnya beberapa minggu yang lalu.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’
Sedang berjuang
Menerusi hantaran Instagram (IG) Story, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menjelaskan dirinya kini sedang berjuang untuk melawan rasa keliru yang ada dalam dirinya itu.
Pelakon berusia 28 tahun itu juga memohon ampun selain berdoa agar Allah mengembalikan dirinya yang dahulu.
Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah diriku yang dahulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini.
Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Suamiku Paling Sweet’ itu juga meminta orang ramai untuk mendoakannya.
Mohon anda semua doakan saya juga ya.
Padam gambar ‘free hair’
View this post on Instagram
Sementara itu, hasil tinjauan yang dibuat OhBulan! mendapati ibu kepada tiga orang anak itu telah pun memadam gambar tidak berhijab yang dikongsikannya sebelum ini.
Terdahulu, Mawar telah mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik gambar dirinya tidak lagi mengenakan tudung.
Menerusi kapsyen yang ditulis, dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk beristiqamah namun gagal.
Sumber: Instagram