Pelakon, Fara Mendoza meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap segelintir netizen yang mendakwa dirinya sebagai artis wanita yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan sedang disiasat oleh pihak Bank Negara.
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Dakwaan ‘Cuci Duit’ & Diburu Bank Negara, Daiyan Trisha Tulis Pantun Khas Buat Pemfitnah
‘Kereta Lambo pun aku tak ada’
Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Fara memuat naik tangkap layar memaparkan komen segelintir netizen yang memetik namanya berhubung isu berkenaan.
Menurut Fara, dia begitu terkejut dengan perkara itu dan sama sekali tidak faham dengan sikap segelintir wargamaya yang gemar membuat tuduhan melulu terhadap seseorang artis.
Ada orang bagi link TikTok. Sumpah aku tak fahamlah dengan netizen bangang abadi ni.
Apahal nama aku dipetik dalam penggubahan duit haram?
Tambah pelakon drama ‘Raisha 2’ itu lagi, kehidupannya sebagai seorang selebriti tidaklah semewah seperti mana yang disangka oleh segelintir orang di luar sana.
Kereta Lamborghini sebiji pun aku tak ada, Ferrari pun tak ada. Kau (netizen) tahu tak penggubahan wang haram tu macam mana gaya rupa dia?
Eee rasa nak tembak je seekor-seekor netizen ni.
Terdahulu, tularnya isu mengenai seorang artis wanita tempatan yang berada di dalam pengawasan Bank Negara kerana disyaki terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas dilihat sering berkongsi gaya hidupnya yang mewah di media sosial.
Selain Fara, artis lain yang disebut netizen disyaki terlibat dengan isu ini adalah Daiyan Trisha.
Sumber: Instagram