berita

Nama Dipetik Isu Dakwaan ‘Cuci Duit’ & Diburu Bank Negara, Daiyan Trisha Tulis Pantun Khas Buat Pemfitnah

October 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

daiyan

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa kesal rentetan namanya ‘dipetik’ berhubung dakwaan seorang selebriti yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan sedang disiasat oleh pihak Bank Negara.

Artikel Berkaitan: ‘I Stand With Palestine!‘ – Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Buka Mulut Isu Teknik CGI ‘Sumpahan Jerunei’, Mata Netizen Fokus Lipas Dekat Belakang

Pantun Daiyan

daiyan

Tidak berdiam diri, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menerusi ciapan di platform X menulis serangkap pantun berkaitan kesan buruk fitnah.

Berhati-hatilah dalam berkata,

Kerana mulut badan binasa,

Langsung bicara terus menuduh,

Fitnah itu lebih berdosa dari membunuh.

Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati pelantun lagu Penat itu tidak menyatakan apakah maksud sebenar pantun tersebut atau menyebut nama mana-mana pihak.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengaitkan hantaran tersebut dengan spekulasi yang hangat diperkatakan ketika ini.

Justeru itu, warganet dilihat bersimpati terhadap pelakon berusia 30 tahun terbabit atas dakwaan yang menimpa dirinya dan memberikan kata-kata semangat.

Kesian la awak, kalau berita pasal artis buat hal selalu kena petik nama.

Teruk juga yang terus ‘mention’ Daiyan, yakin betul.

Apa yang sedih kadang-kadang peminat yang terlebih kuah dari sudu bukan sahaja sebar fitnah, yang terima bulat-bulat dan percaya tanpa usul periksa fakta sebenar fitnah tersebut lagilah mengecewakan.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat seorang artis wanita berkulit putih gebu didakwa terlibat dengan jenayah tersebut.

Difahamkan artis berkenaan memiliki kekayaan luar biasa selain sering menjadi wajah untuk jenama-jenama besar.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×