Isteri kepada usahawan dan pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berseloroh mengatakan anak-anaknya selalu menjadi punca dia gagal untuk diet dan menurunkan badan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Imbas Momen Pertama Kali Dating, Shuib Siap ‘Booking’ Satu Pawagam – ‘Dia Kelakar & Wangi Gila!’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Teruskan Amalan Arwah Siti Sarah, Pakaikan Shuib Stokin Sebelum Pergi Kerja
Anak tak bagi kurus
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata anak-anaknya suka mengajak dia keluar berjalan dan membeli makanan ringan sehingga dia terkena tempiasnya.
Mummy (panggilan Watie) cuba untuk diet tapi anak-anak suka kacau diet saya.
Hujung-hujung tetap ajak beli jajan. Mummy pun terkena tempias.
Katanya mummy tak boleh kurus, kena gemuk. Tapi ni Mummy segigit je, janji.
Pada perkongsian sama, Watie turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang menikmati makanan di sebuah restoran ketika dia keluar meluangkan masa dengan anak-anaknya baru-baru ini.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terhibur melihat gelagat Watie selain memuji dia yang suka melayan kerenah anak-anak.
Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram