Gambar sekadar hiasan
Seorang individu tampil meluahkan perasaan dan berkongsi kisah mengenai ibu bapanya yang boros dan ‘kaki kikis’.
Artikel Berkaitan: Ibu Rancang Culik Anak Sendiri Demi Wang Tebusan
Artikel Berkaitan: ‘Bila Netizen Dah Petik Nama Saya Kaki Kikis, Takut Ia Jatuh Fitnah’ – Taufiq Ajak Individu Tak Puas Hati Bersemuka
Minta buat pinjaman peribadi
Gambar sekadar hiasan
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, individu tersebut mendedahkan bahawa dia dan adik-beradiknya sudah tidak tahan dengan perangai ibu bapanya kerana lebih separuh daripada pendapatan harus diserahkan kepada mereka.
Kita orang adik-beradik masing-masing dah tak tahan dengan ibu bapa kami. Kami ada yang kerja, ada yang masih sekolah, gaji RM2500, mereka kawal dan ambil RM2000.
Adik saya masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang, gaji mereka RM1,800 je.
Dalam masa yang sama, ibu bapanya turut menambah komitmen bulanan mereka adik- beradik seperti penapis air Coway dan juga telefon pintar.
Bukan itu sahaja, individu tersebut juga dipaksa mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.
Duit itu habis tak sampai berapa hari. Boros yang amat. Bukan itu saja, kena paksa ambil coway, telefon pintar, pinjaman sana sini. Hari itu, saya kena paksa ambil pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 tapi saya doa banyak-banyak semoga tak lulus. Alhamdulillah tak lulus.
Respon netizen
Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai warganet, dan kebanyakan dari mereka menasihati individu tersebut dan adik-beradiknya untuk meninggalkan rumah keluarga dan mencari tempat tinggal yang lain.
Parents bukan kiriman syurga. pic.twitter.com/fbDsN3d0Yx
— ?meingl? (@meinmokhtar) November 21, 2023
Sumber: X