Meskipun sudah seminggu pemergian bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai. Amalan baik yang dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Isu Tiada Mesin Basuh Kerana ‘Zuhud’, Ini Teguran Ringkas Buat Suhaimi Saad
Bagi mesin basuh sendiri
Terbaru, seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ryhan Musa mendedahkan kisah kenapa rumah arwah Suhaimi dan isteri, Ina Naim tidak mempunyai keperluan mesin basuh.
Kata individu terbabit, arwah Suhaimi dan Ina telah memberikan mesin basuh milik mereka kepada jiran yang lebih memerlukan.
Ina nampak anak jiran angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ina tegur jiran tanya, ‘Kenapa akak? Spin mesin basuh ni rosak Na (panggilan Ina).’
Selain itu, ceritanya ketika berkunjung ke rumah Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, pasangan itu mempunyai hati yang mulia tetapi ramai yang tidak mengetahui.
Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati.
Terdahulu, arwah Suhaimi pernah dikecam netizen kerana tidak menyediakan mesin basuh sebagai satu keperluan.
Bagaimanapun, Suhaimi mendedahkan beliau lebih gemar untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam yang mengambil masa agak singkat untuk mencuci dan mengeringkan baju.
Sumber: Facebook