Gambar sekadar hiasan
Disebabkan Piala Dunia akhir kriket, seorang lelaki sanggup mencekik anaknya di Uttar Pradesh, India kerana mematikan televisyen ketika perlawanan sedang berlangsung.
Artikel Berkaitan: Koperal Polis Tembak Bapa Sampai Mati, Jadikan Ibu & Isteri Sebagai Tebusan
Artikel Berkaitan: Dakwa Anak Dibunuh Datuk & Bapa Saudara, ‘Si Mati’ Buat Kejutan Datang Mahkamah
Minta bapa berhenti
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Wion News, kejadian berlaku apabila anak lelaki suspek Prasad Deepak meminta bapanya berhenti menonton perlawanan itu dan memasak makan malam.
Apabila suspek, Ganesh Prasad tidak mengendahkan permintaannya, Deepak berasa marah lalu mematikan televisyen tersebut.
Menurut polis, Ganesh memegang pengecas mudah alih dan kemudian mencekik anaknya. Sebaik sahaja menyedari bahawa dia telah membunuh anaknya, suspek melarikan diri dari tempat itu kejadian.
Walau bagaimanapun, polis berjaya menahan Ganesh pada keesokan harinya.
Manakala mayat mangsa ditemui terbaring di atas tangga oleh salah seorang saudaranya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat telah dihantar untuk bedah siasat.
Sumber: Wion News