Seorang peniaga air kelapa di Muar, Johor didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan lucah seorang wanita dalam telefon bimbit miliknya, empat tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Berang Jadi Bahan Perbualan Whatsapp, Doktor Belasah Tiga Orang Pekerja Farmasi
Artikel Berkaitan: Bakal Pengantin Ditahan Curi Ayam Konon Harga Jutaan Rupiah
Rakam gambar bogel
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Hairul Anuar Aman @ Ahmad, 42, didapati bersalah selepas memaksa seorang wanita menanggalkan pakaiannya sebelum bertindak merakam menggunakan telefon bimbit.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah kepunyaan seorang wanita selepas polis menjalankan pemeriksaan dalam telefon bimbit tertuduh di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, pada jam 5 petang, 17 Julai 2019.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 292 (a) kanun sama iaitu penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa memaksa mangsa menanggalkan pakaian sebelum merakam gambar dengan perbuatan itu di sebuah rumah di Sungai Abong, Muar, Johor.
Kejadian itu berlaku ketika tertuduh bersama seorang lagi rakan membawa mangsa ke sebuah rumah sebelum dipaksa melakukan perbuatan itu.
Susulan kejadian itu, tertuduh ditahan pada jam 5 petang hari sama dan hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbitnya, polis menemui bahan lucah milik wanita terbabit.
Sumber: Harian Metro