Gara-gara memuat naik hantaran yang berbaur provokasi di media sosial, pelakon Zul Yahya dihujani kritikan dan kecaman daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Zul Yahya Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bahru Demi Solidariti Buat Pales***
Label bangsa sendiri
Menerusi hantaran di Facebook (FB), Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya dilihat telah melabel bangsa Melayu dengan sifat-sifat yang negatif.
Bangsa Melayu yang banyak rogol anak sendiri
Bangsa Melayu yang banyak menipu bangsa sendiri
Bangsa Melayu yang banyak hasad dengki dengan bangsa sendiri
Bangsa Melayu yang suka berpecah belah
Bangsa Melayu tak boleh ditegur sebab dia rasa dia bangsa Melayu paling hebat
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencetuskan kemarahan warganet yang bertindak menyelar kenyataan pelakon drama Papaya tersebut dengan menyoal kembali status bangsanya.
Abang bangsa apa? Keturunan apa? Maaf saja tanya.
Kenapa tu abang? Sebut pasal diri sendiri ke? Memang nampak semua tu ada dekat abang, ini kira buka aib sendiri ke macam mana?
Dalam masa yang sama, warganet tidak bersetuju jika bangsa Melayu sahaja yang dipersalahkan kerana baik atau buruk seseorang adalah bergantung kepada individu itu sendiri bukan bangsa atau agama.
Jangan kuat sangat provokasi, sudah-sudahlah. Tunjuk benda baik nanti ramai akan ikut kita buat baik. Perangai tu elok sikit, awak tu dah tua.
Bangsa mana pun sama sahaja berdosa semua, tak perlu highlight bangsa Melayu.
Nak ubah bangsa sendiri ubah dulu dirimu supaya jadi cerminan dan contoh yang baik, bukan melalak macam ini.
Sumber: Facebook Zul Yahya