Gambar sekadar hiasan
Semalam, seorang pemuzik telah ditangkap setelah merosakkan palang automatik di sebuah kondominium kerana dia dilarang masuk akibat gagal membayar yuran penyelenggaraan.
Artikel Berkaitan: Lelaki Libas Parang Sebab Berang Wanita Datang Kutip Hutang Isteri
Terus masuk ke dalam
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada seorang eksekutif, pada tengah hari semalam.
Suspek berang kerana tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominiumnya lalu bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk ke dalam.
Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang lelaki berusia 55 tahun berkenaan memintanya membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.
Namun, pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.
Suspek kemudian bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk. Syarikat pengadu mengalami anggaran kerugian RM1,500 akibat kejadian itu.
Disebabkan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemuzik di perkarangan Balai Polis Pandan Indah jam 8.50 malam.
Dalam pada itu, mereka telah membuat semakan dan mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan negatif dadah.
Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Sumber: Harian Metro