Pengacara dan plakon Zoey Rahman tampil menjelaskan mengenai isu dimalukan pada anugerah berprestij baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Hijrah Itu Senang, Istiqamah Susah’ – Zoey Rahman Titip Doa & Kata Semangat Buat Mawar Rashid
Cebisan sayur
Menerusi sebuah posting di Instagram, Zoey memberitahu terdapat cebisan sayur di celah pendakap giginya. Lebih jelas, sisa sayuran tersebut kelihatan semasa sesi bergambar setelah dia menerima anugerah.
Selama 6 tahun aku pakai braces, ini kali pertama aku dimalukan. Sampai hati gigi tak bagi kerjasama. Paling sedih tak ada siapa pun bagitahu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur dan tidak menyangka dengan pendedahan yang dibuat oleh Zoey tersebut.
Terdahulu, Zoey memuat naik kenyataan dimana dirinya telah dimalukan di sebuah acara penganugerahan dan bakal mendedahkan pelakunya. Jelas Zoey, dia tidak akan lupa mengenai peristiwa tersebut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Zoey