Seorang usahawan berbangsa Cina yang dikenali sebagai Sunny Coco sanggup melunaskan tunggakan sewa selama setahun untuk menyelamatkan gerai nasi lemak kegemarannya daripada ditutup.
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dikecam Mungkir Janji Nak Belanja 500 Orang Sarapan – ‘Yang Percaya Dia Ni Memang Bo**h, Jadi Penjilat’
Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Tujuh Bulan Sanggup Terbang Dari Kelantan Demi Konsert Coldplay
Gerai kegemaran sejak kecil
Menerusi perkongsian di TikTok, Sunny Coco berkata pemilik gerai tersebut yang dikenali sebagai Hamidah menangis ketika memaklumkan kepadanya bahawa gerai yang sudah berusia 50 tahun itu akan ditutup.
Difahamkan, tunggakan sewa berpunca daripada kesukaran dihadapi pemilik gerai untuk mendapatkan pelanggan memandangkan tiada lagi bas berhenti di kawasan berdekatan.
Saya makan nasi lemak ini sejak umur 7 tahun. Mereka mula berniaga sejak zaman datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga.
Disebabkan bas tidak berhenti di sini, pelanggannya sudah berkurang dan terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun.
Mak cik menangis dan beritahu pihak bangunan sudah keluarkan surat amaran dan suruh dia berhenti berniaga. Tanpa berfikir panjang, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar.
Saya sangat marah kerana gerai yang berusia 50 tahun mahu ditutup. Saya suruh dia pergi bayar agensi kerajaan, kalau mereka tak izinkan saya akan marah.
Adakah akan disewakan kepada orang asing seperti Vietnam, Myanmar dengan kadar yang lebih tinggi.
Dalam perkongsian sama, Sunny Coco berkata dia akan terus membantu membayarkan sewa agar gerai kegemarannya itu terus beroperasi.
Saya seorang bangsa Cina boleh bantu mereka bayar sewa setahun tanpa kira kaum, kenapa kerajaan tidak boleh bantu ibu tunggal ini?
Ini adalah lauk kegemaran orang Kulai yang telah berniaga selama 3 generasi, saya akan pastikan mak cik terus berniaga.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memberikan pujian atas tindakan murni usahawan berusia 58 tahun itu.
Video
@user9408203580061???????????????? ???? ???????? ??? ????????????????? ????????????????? ??????? ???? ?????????? ??????? ???? ??????? ?????????????? ??????????????? ???????? ?????? ???????? ?????? ??????????????? ??????? ??????? ??????? ???????? ??? ??? ???? ???????????????????? ?????????????? ??????????????? ??????????? ?????????? ?????????? Saya makan nasi lemak ini sejak umur 7 tahun. Mereka mula berniaga sejak zaman datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga. Disebabkan bas tidak berhanti di sini, pelanggannya sudah kurang dan terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun. Mak Cik menangis dan memberitau pihak bangunan sudah keluar surat amaran dan suruh dia berhenti. Tanpa memikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar kepada kerajaan petang ini. Saya sangat marah kerana gerai 50 tahun diminta tutup. Saya suruh dia pergi bayar agensi kerajaan ini, kalau mereka tak izin sambung sewa, saya akan marah mereka, adakan mereka nak sewa kepada orang asing seperti Vietnam, Myammar atau Bangladesh dengan kadar yang lebih tinggi? Saya seorang Cina boleh bantu mereka bayar sewa setahun tanpa kira kaum, kenapa kerajaan tidak boleh bantu ibu tunggal ini. Di mana semangat 1 Malaysia. Ini adalah lauk kepunyan orang Kulai yang telah 3 generasi, saya akan pastikan mereka terus berniaga.? ?? – sunnycoco
Sumber: TikTok