Isteri kepada seorang jutawan menetapkan syarat kepada suaminya, Jamal Al Nadak, 32, untuk membayar sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum mendapat persetujuan untuk hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Jutawan Mengeluh Hidup Mewah, Rimas Ada Bodyguard- ‘Suami Tak Bagi Guna Duit Sendiri, Semua Dia Bayar’
Bayaran untuk seorang anak
Memetik laporan Dailymail, wanita yang dikenali sebagai Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga dengan jutawan dari Dubai sejak tiga tahun lalu.
Pasangan itu kini menetap di Dubai, dengan kehidupan serba mewah.
Menerusi video yang ditonton lebih 2.3 juta orang dalam masa kurang dari seminggu, Soudi bercakap mengenai kehamilannya serta perkara yang tidak boleh dirunding ketika fasa tersebut.
Sebelum saya hamil dengan suami jutawan saya, ini semua perkara yang tidak boleh dirunding yang kami bincangkan.
Ini termasuk untuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupuntur dan sesi urut untuk bayi juga.
Saya kena sentiasa cergas dan sihat demi untuk suami dan bayi.
Bukan itu saja, Soudi juga berkata dia menjangka akan dibayar elaun setiap kali hamil serta mendapat akses penuh terhadap kad kredit suaminya jika berlaku kecemasan.
Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.
Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).
Sumber: Dailymail