Pelakon remaja Qistina Raisah baru-baru ini tampil dengan imej baharu, dia menggayakan potongan rambut pendek dan mewarnakannya dengan warna ‘pink peach.’
Artikel Berkaitan: ‘Terpaling Nak Dewasa’- Netizen Tegur Pakaian Qistina Raisah
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Pelakon Remaja Guna Aplikasi ‘Dating’ Jumpa Kekasih
Gaya rambut tak sesuai
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri dilihat sedang berada di sebuah salon untuk memotong rambutnya.
Bagaimanapun, rata-rata warganet meluahkan perasaan kurang senang dengan penampilan terbaru Qistina selain menegur potongan rambutnya yang tidak kemas.
‘Bertangga’ salon ni potong.
Maaf adik, Qis tak sesuai dengan rambut macam tu . Sebelum ni suka sangat tengok gaya Qis tapi ini potongan tak selari.
Tak kemas dan tak cantiklah dik. Ke memang fesyen macam tu? Bertangga rambut belakang.
Sementara itu, tinjauan OhBulan! mendapati, Qistina tidak memberi sebarang respon terhadap kritikan yang dilemparkan warganet.
Sebelum ini, aktres berusia 14 tahun itu sering dikecam gara-gara penampilan yang didakwa seperti wanita dewasa dan tidak sesuai dengan umurnya yang masih remaja.
View this post on Instagram
Instagram: Qistina Raisah