Seorang pelakon remaja, baru-baru ini berkongsi sebuah video tentang pengenalannya bersama seorang jejaka yang dikenali menerusi satu aplikasi terkenal dan telah mengundang kecaman warganet.
Artikel Berkaitan: Qistina Raisah ‘Sekolahkan’ Netizen, Perjelas Lelaki Berusia Itu Abang Kandung – ‘Kau Lagi Tua Daripada Aku Tapi Otak Macam Bongok’
Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Okay Je Tau’ – Qistina Raisah Nafi Jalin Hubungan Istimewa Dengan Lelaki 21 Tahun
Kali pertama jumpa
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelakon remaja itu memaklumkan sebelum ini dia pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.
Justeru itu, dia kini memilih untuk menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk mencari teman yang baharu.
Tak sia-sia main ‘dating apps’ ini, laju je dapat kawan..kita kawan-kawan dulu ye..
Hi semua, disebabkan sebelum ini saya ada suka seseorang selama dua tahun tetapi dia tidak menyukai saya balik jadi saya ada tengok satu aplikasi ini.
Aktres tersebut juga berkata, dia yakin dengan segala maklumat yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi tersebut.
Anda tahu la kan dekat situ boleh cari kawan, teman lelaki, teman wanita..sebab dekat ‘dating apps’ ini semuanya akaun rasmi bukan pengguna palsu. Jadi semua orang-orangnya betul.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi momen-momen bersama lelaki tersebut sepanjang perkenalan mereka.
Jadi ini pertama kali kami jumpa. Jom teman saya pergi beraya.. rayakan sebulan.
Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet meluahkan kerisauan mereka terhadap pelakon remaja itu kerana lelaki berkenaan dilihat jauh lebih tua darinya.
Malah mereka juga menasihatinya supaya berhati-hati dan tidak terburu-buru untuk memikirkan soal cinta kerana usianya yang masih muda.