Segelintir peminat meluahkan rasa terkilan terhadap pihak penganjur sebuah acara di Melaka susulan tindakan mereka yang didakwa membatalkan persembahan penyanyi Siti Nordiana di saat akhir.
Artikel Berkaitan: ‘Sentiasa Terbuka Untuk Bekerja Dengan Mana-Mana Penyanyi Lelaki Atau Wanita’ – Siti Nordiana
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Nak ‘Move On’, Syukur Kes Saman 5 Sekawan Selesai – ‘Saling Bermaafan Itu Baik Dalam Islam’
Cancel last minute?
Menurut dakwaan, Siti Nordiana sepatutnya menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Tun Fatimah dan Bakawali. Bagaimanapun, salah satu lagu terpaksa dibatalkan disebabkan acara sudah terlebih masa atau ‘over run’.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memaparkan mesej perbualan bersama seorang individu yang didakwa sebahagian daripada pihak penganjur bagi menjelaskan insiden sebenar yang berlaku.
Selain Siti Nordiana, beberapa penyanyi terkenal turut diundang membuat persembahan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zaina Zain, Anuar Zain, Zamani dan Ernie Zakri.
Wajah tiada dalam poster
Selain itu, peminat juga berasa marah apabila wajah Siti Nordiana tidak diletakkan dalam poster acara.
Justeru, peminat meminta pihak penganjur untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: TikTok