Foto: The Thaiger
Seorang lelaki di Thailand diburu polis selepas disyaki mendera teman wanitanya sehingga mangsa meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Anak Belasah & Ikat Ibu Di Tiang Elektrik Gara-Gara Terambil Sayur
Dera sampai mati
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan The Thaiger, keluarga mangsa kini menuntut keadilan dan berharap agar suspek dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Phetcharat, 32, didera oleh teman lelakinya, Thanawat dalam satu kejadian di sebuah rumah pada 30 Disember lalu.
Menurut adik lelaki mangsa, Phontakorn dia mengetahui kejadian yang menimpa kakaknya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan mangsa mengalami sawan sehingga tidak sedarkan diri. Ketika itu, Phontakorn terdengar perbualan jururawat yang mengatakan mangsa sudah meninggal dunia.
Setibanya di hospital, alangkah terkejutnya apabila melihat tubuh badan mangsa dipenuhi dengan kesan luka dan lebam. Lebih parah, tulang rusuknya patah dan mangsa mengalami pendaraahan pada otak sehingga menyebabkan kematian.
Suspek larikan diri
Sekadar gambar hiasan
Berikutan daripada apa yang berlaku, keluarga percaya bahawa mangsa sebenarnya telah didera oleh suspek dan ketika ditanya mengenai kejadian itu, Thanawat mengaku memukul kepala mangsa sebanyak dua kali sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh dari katil dan mengalami sawan. Jelas Thanawat lagi, pada awalnya dia menyangka Phetcharat hanya berpura-pura tidak sedarkan diri sehinggalah dia melihat wajah dan kulit badan teman wanitanya itu semakin gelap.
Bagaimanapun, Phontakorn tidak percaya Thanawat hanya memukul kakaknya sebanyak dua kali sebaliknya mengsyaki mangsa telah lama menjadi mangsa dera Thanawat.
Difahamkan, Thanawat telah menghilangkan diri selepas kematian Phetcharat dan pihak polis kini giat menjejaki keberadaan suspek.
Sumber: The Thaiger