Tiga sekeluarga termasuk ibu, bapa dan seorang anak ditemui tidak bernyawa di rumah mereka yang terletak di Malang, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Diri Untuk Selesaikan Hutang Ah Long
Bunuh diri tak mampu bayar hutang
Memetik laporan Trend Tribunnews, si bapa, Wahab dipercayai mengajak isteri, Sulikha dan seorang anak perempuannya berusia 12 tahun membunuh diri kerana terjerat dengan hutang.
Difahamkan sebelum kejadian, Wahab yang berusia 38 tahun itu menyuruh seorang lagi anak kembarnya tidur di bilik lain. Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu terdengar jeritan bapanya di bilik belakang dan lebih meruntun hati apabila melihat mulut si ibu berbuih manakala adik kembarnya dalam keadaan sudah membiru. Sementara si bapa telah mencederakan pergelangan tangannya sendiri.
Turut ditemukan adalah satu nota terakhir yang ditinggalkan arwah buat seorang anak kembarnya yang dibiarkan hidup. Arwah turut berpesan supaya anaknya itu menghormati nenek, datuk serta ibu dan bapa saudara yang menjadi keluarga barunya selepas ini.
Kakak jaga diri. Papa, mama dan adik pergi dulu. Belajar elok-elok.
Hasil siasatan lanjut mendapati, mangsa yang merupakan seorang guru sekolah sebenarnya mempunyai banyak hutang dengan jiran tetangga dan kerana tidak mampu melunaskan hutang tersebut, dia nekad membunuh diri.
Penduduk setempat menyifatkan Wahab seorang guru yang baik dan disenangi ramai. Bukan itu sahaja, Wahab dikatakan aktif menghadiri majlis tahlil malah rajin berjemaah di surau.
Sumber: Trend Tribunnews, Suara.com