Disebabkan tidak mempunyai tawaran yang besar dalam bidang lakonan sejak lebih setahun yang lalu, pelakon veteran, Lan Zailan memberitahu dia terpaksa menjual kereta kesayangannya kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Artikel Berkaitan: ‘Berjalan Pun Kaki Tak Kuat, Apa Lagi Memandu Kereta’ – Mak Jah Tolak ‘Job’ Sebab Tak Mahu Susahkan Produksi
Saya sayang kereta ini
Ikutkan saya memang sayang kereta ini. Tapi saya tiada pilihan lain. Dah lebih setahun saya tiada tawaran besar. Kalau ada pun hanya tawaran sebagai pelakon undangan untuk sehari dua. Itu sahaja. Kalau nak harap episod macam dulu memang tiada.
Menurut Lan, kereta kesayangan model Daihatsu Charade itu sudah 14 tahun digunakan olehnya. Tambah Lan, kereta tersebut masih berada dalam keadaan yang baik kerana enjinnya sudah ditukar kepada enjin Daihatsu Pisa Auto 1.3. Jelasnya lagi, dia hanya menggunakan kenderaan tersebut untuk bergerak dalam kawasan kampung sahaja.
Cukai jalan juga hidup sampai Mac ini. Sebelum ini ada seorang individu, orang muda yang tengok dan kata berminat, tapi lepas itu diam. Saya nak jual dengan harga RM5,000 dan masih boleh dirundingkan.
Buat masa ini, anak saudara isteri pinjamkan kami kereta jenis Viva. Tapi kami bercadang nak jual kedua-duanya untuk beli kereta besar sikit untuk buat berniaga.
Bercerita mengenai perkembangan karier, Lan memberitahu, tahun lalu dia hanya mendapat satu tawaran berlakon sebagai pelakon undangan, manakala untuk tahun ini pada 14 Januari nanti.
Selepas ini tak tahulah lagi bila pula nak ada tawaran berlakon. Pada masa sekarang, saya banyak sertai program jualan anjuran GTAS (Gabungan Transformasi Anak Seni).
Saya jual kerepek dan produk kesihatan. Kadang-kadang saya buka booth berniaga di tepi jalan sahaja. Saya tinggal di Hulu Langat, jadi tiada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa.
Sebelum ini, saya pernah buka booth jualan di Ampang dengan kawan-kawan. Kemudian datang Penguatkuasa nasihatkan supaya kemas-kemas dan jangan datang lagi situ. Mujur mereka tak rampas barang dan peralatan niaga.
Sumber: Harian Metro