Seorang jejaka yang dikenali sebagai Mohd Loqman Mohd Salleh dengan secara terbuka menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum mereka bernikah 24 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Wanita Tak ‘Kisah’ Tolong Pinang Isteri Baru Buat Suami – ‘Kenapa Nak Sedih, Best Tau, Ada Kawan Lagi’
Isteri kedua sahabat baik isteri pertama
Memetik laporan Sinar Harian, Loqman yang bekerja sebagai seorang mutawif di Melaka memaklumkan bahawa isteri keduanya itu merupakan sahabat baik kepada isteri pertamanya.
Tambah Loqman, meskipun perkahwinan ini merupakan perancangan isteri pertamanya, dia tetap perlu mendapatkan keizinan untuk berpoligami terlebih dahulu daripada wanita yang sudah menjadi suri hatinya selama 12 tahun itu.
Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-Allah akan kekal hingga ke Jannah.
Menurut Luqman, dia dan isteri pertama sangat bahagia malah, mereka juga dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata berusia di antara 11 hingga empat tahun.
Pada majlis pernikahannya itu, isteri pertama turut hadir dan mengenakan jubah berona putih sedondon dengan isteri kedua.
Ini pernikahan bukan kerana saya sahaja, namun meraikan juga isteri pertama menyambut kehadiran madu dengan memberi laluan buat madu berkongsi kebahagiaan bersama.
Terdahulu, Mohd Loqman menerima ucapan tahniah di media sosial selepas hantaran yang dimuat naiknya di Facebook menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya.
Sumber: Sinar Harian