Demi membantu usahawan-usahawan muda, Kelab Belia Kreatif Mont Kiara (Kelab Kreatif Malaya), mengambil inisiatif mengadakan Mooda Fest 2024 yang diadakan di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Fazura, Nabila Razali & Uyaina Arshad Diiktiraf Antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh
Artikel Berkaitan: Fazura Nasihati Suri Rumah Kena Buat Simpanan Kewangan Sendiri – ‘Ada Yang Depresi’
Nak bantu belia
Pengerusi Kelab Belia Kreatif Mont Kiara, Nur Fazzila Rahim berkata, Mooda Fest 2024 bukan setakat karnival menjual barangan sambil berhibur.
Kata Fazzila, dia telah menjadikan festival ini sebagai satu tempat himpunan badan-badan kerajaan untuk membantu usahawan khususnya golongan belia.
Kami sebagai NGO faham dengan segelintir usahawan muda yang kurang faham dengan selok belok dunia perniagaan.
Contoh seperti ingin membuat pinjaman wang, mereka tidak tahu saluran mana yang perlu dituju. Sebab itu, kami membawa sekali agensi-agensi kerajaan seperti MARA, SME, Angkasa dan Matrade sama-sama terlibat bagi membantu golongan usahawan.
Festival ini bukan setakat karnival jualan makanan saja tetapi dalam masa ingin membantu menaikkan lagi usahawan-usahawan muda. Memetik ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jenama Nobat dan Suka Dessert sudah boleh dipasarkan ke pasaran luar negara.
Tetapi mereka tidak tahu saluran yang betul. Disebabkan itu, kami di sini ingin membantu.
Selain itu, kami juga menyediakan booth untuk individu yang mengalami masalah kesihatan mental. Sesiapa yang ada masalah, boleh berjumpa dengan pakar untuk didiagnos. Anak muda sekarang ini ramai yang tertekan tetapi tak semua berani untuk meluahkan. Jadi, mereka ini perlu bantuan daripada pakar.
Hujan tetap ramai pengunjung
View this post on Instagram
Menurut Fazzila, 38, dia juga berasa gembira apabila ‘first baby’ mendapat sambutan yang menggalakkan. Katanya, lebih 3,000 pengunjung hadir menunjukkan tanda sokongan tidak putus kepada usahawan tempatan.
Alhamdulillah.. walaupun ada kekangan dengan hujan turun tetapi pengunjung tetap datang dengan memakai pakaian tema kembali ke sekolah (Back To School).
Sebanyak 33 vendor yang terlibat iaitu 17 booth menjual perkhidmatan makanan (Foodservice) manakala 16 lagi vendor menjual pakaian, beg dan alat solekan.
Dalam pada itu, Fazzila menyatakan Mooda Fest 2024 sudah mempunyai perancangan untuk diadakan di luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Sebenarnya perancangan awal nak buat karnival tahunan saja tetapi bila tengok sambutan menggalakan, jadi kita teruskan jelajah ke luar dari Kuala Lumpur. Selepas ini, kami akan ke Pahang, Sarawak dan diikuti negeri-negeri lain juga.
Dengan adanya karnival keusahawanan seperti ini, kami berharap usahawan-usahawan muda lebih peka serta tahu fungsi-fungsi badan-badan kerajaan agar dapat membantu melebarkan perniagaan masing-masing.
Mooda Fest 2024 turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Acara tersebut turut diserikan persembahan barisan artis popular antaranya Bunkface, Bunga Isme, Kumpulan FLQ dan Orkes A Hizadin.