Usahawan jenama tudung popular Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menyelar komen segelintir warganet yang disifatkan melampau kerana menghina wajahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Nafi Semua Tudung Yang Digayakan Cecah Ratusan Ribu – ‘Ada Yang Murah, Ini RM1,200 Sahaja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Bidas komen netizen
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Haliza mendedahkan terdapat individu yang mengecam bahagian hidungnya.
Haliza kemudian dengan tegas menegur warganet supaya tidak sesekali menghina ciptaan Tuhan walaupun mereka berasa kurang senang terhadapnya.
Dia orang kata saya tak ada class, ‘money cannot buy class’, at least ada juga money. Yang bercakap tu ‘money’ pun tak ada ‘class’ pun tak ada.
Ini saya nak tegur sikit. Kalau nak menghina rekaan tudung saya, Cik Siti Wan kembang ke..tak apa. Tapi jangan menghina ciptaan Tuhan.
Dia kata tudung Cik Siti Wan Kembang, patutlah hidung kembang.
Menurut Haliza, walaupun dia mampu untuk melakukan pembedahan kosmetik namun dia tidak akan berbuat demikian kerana berpegang teguh kepada larangan Allah.
Kalau saya nak pergi Korea nak ubah ciptaan Tuhan yang terbaik ni, bila-bila masa sahaja.
Nak hina ciptaan manusia, silakan. Tapi kalau nak menghina ciptaan Tuhan, jangan sesekali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan usahawan tersebut dan menasihatinya untuk mengabaikan komen-komen negatif seperti itu.
@halizamaysuri Replying to @Kedyomar
Sumber: TikTok Haliza Maysuri