Penyanyi Nabila Razali berjaya membuatkan penonton menarik nafas lega apabila persembahannya menerusi lagu Selagi Ku Ada di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) duet bersama Khai Bahar, semalam, berjalan dengan lancar.
Artikel Berkaitan: #AJL38: Amir Jahari Tak Sangka Jadi Juara – ‘Tak Baca Ramalan Orang Di Media Sosial’
Artikel Berkaitan: #AJL38: Aina Abdul Pukau Penonton! Terapung Di Udara, Pokok Bergerak & Axiata Bau Harum
Banyak improve
Menerusi ruangan komen di Instagram TV3, rata-rata netizen berpendapat suara dan kualiti nyanyian Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, sudah banyak peningkatan jika dibandingkan sebelum ini. Nabila yang memakai busana merah jambu, turut mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton yang hadir di Axiata Arena Bukit Jalil.
Suami kepada Nabila Razali iaitu Nik Iruwan dilihat hadir memberi sokongan kepada isterinya, semalam. Ujar Nik Iruwan, dia sangat bangga melihat persembahan Nabila dan Khai di malam kemuncak AJL38 itu.
Terdahulu, Nabila pernah menerima kritikan yang agak ‘pedas’ daripada netizen semasa membuat persembahan lagu Peluang Kedua, hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF dikritik hebat apabila gagal memberikan persembahan dengan baik, terutama pada bahagian korus.