Pelakon Eyka Farhana tidak menganggap hubungan jarak jauh dengan teman lelaki yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sebagai satu masalah.
Artikel berkaitan: Eyka Farhana Tak Mahu Campur Urusan Cinta & Kerjaya – ‘Tunggu Seru, Banyak Lagi Saya Nak Capai’
Artikel berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B’
Jalani hubungan jarak jauh
Menerusi temu bual di Podcast Studio Sembang, Eyka, 29, berkongsi detik pertemuan dengan Akhyar melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram.
Dia DM saya di Instagram. Pada mulanya saya tidak kenal siapa yang DM saya tu. Adik saya beritahu dia kenal siapa Akhyar.
Adik minta saya cuba untuk keluar dengannya dan pada awalnya saya agak keberatan untuk berkawan dengan pemain bola sepak tapi itulah… sekarang Alhamdulillah hubungan kami dah hampir lima tahun.
Menurutnya, hubungan jarak jauh memberi ruang kepada mereka untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.
Hubungan kami tidak mempunyai masalah daripada segi masa sebab kami menjalani hubungan jarak jauh (PJJ).
Kami pun jarang jumpa dan disebabkan itu saya banyak memberi fokus kepada kerjaya seni. Bila kami masing-masing tak sibuk barulah kami luangkan masa untuk berjumpa.
Lebih hargai masa bersama
Sementara itu, hubungan jarak jauh ini juga membuatkan Eyka lebih menghargai masa bersama teman lelaki.
Hubungan ini menjadi lebih mudah kerana kami PJJ. Kami banyak buat panggilan video dan sebenarnya kami ada sahaja masa untuk luangkan bersama.
Bila saya cuti saya ke tempat dia, kalau dia pula cuti walaupun dalam sehari dua, dia juga akan datang ke Kuala Lumpur.
Bila jarang berjumpa, barulah kami rasa kualiti masa bersama. Bagi saya, kepercayaan itu juga sangat penting.
Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, pada tahun 2021.
Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.
Sumber: Youtube