Setelah sekian lama mendiamkan diri dan membiarkan netizen berteka-teki, pelantun suara ‘Rawan’ Azharina Azhar mendedahkan dia didiagnos kanser.
Artikel Berkaitan: Azharina Terima Anugerah ‘Women Of Inspiration of Sabah Award 2024’
Artikel Berkaitan: Datuk Mokhzani Iktiraf Azharina Antara Penyanyi Terbaik Malaysia, ‘Teaser’ Muzik Video Lagu Baru Jadi Tanda Tanya!
Kita perlu positif
Meskipun belum mengetahui lebih lanjut mengenai jenis sel barah yang menyerangnya, Azharina berkata, dia tetap akan positif dan melalui segala ujian itu dengan baik.
Setakat ini saya belum boleh kongsikan lagi butiran lanjut kerana menunggu keputusan laporan perubatan yang dijangka keluar dalam tempoh terdekat.
Bagi saya, setiap manusia ada ujian dalam kehidupan. Apa yang penting, kita perlu positif. Saya tak nak orang anggap apabila saya dah sakit, saya tak boleh menyanyi dan buat persembahan.
Seperti yang saya kata sebelum ini, saya seorang ibu tunggal dan perlu besarkan anak-anak. Saya kena kuat untuk mereka. Jadi, tiada masa untuk saya nak bersedih dan memikirkan mengenai penyakit tersebut. Tempoh saya bersedih sudah berlalu, saya hanya perlu gembira dan positif sentiasa. Itu yang bermain di fikiran saya setiap masa.
Tambah Azharina, sepatutnya dia perlu menjalani dua pembedahan besar tetapi terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu berikutan mahu menyempurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.
Kalau diikutkan, saya perlu menjalani pembedahan bariatrik minggu depan disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada suka makan.
Manakala, satu lagi pembedahan pula membabitkan sakit kanser, cuma kena tunggu dulu laporan perubatan.
Azharina yang ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Realiti duet bersama Kozae, di Kedey Kamek, Sunway Putra Mall, turut meluahkan rasa gembira kerana lagu ‘Realiti’ akhirnya dilancarkan secara rasmi, semalam. Jelas Azharina, lagu tersebut sesuai buat semua kerana setiap bait-bait lirik yang ada dalam lagu itu berkait rapat dengan ‘Realiti’ kehidupan semua orang.
Lagu ini akan beri semua orang ‘vibes’ untuk sedar bahawa setiap invidu akan melalui fasa turun naik. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa bangkit dan teruskan kehidupan. Saya harap semua orang yang sedih sebab ada masalah kewangan, kesihatan, rumah tangga dan apa jua masalah untuk terus kuat. Pasti akan pelangi selepas hujan yang akan muncul selepas itu.