Pelakon, Shima Anuar mendedahkan bahawa dirinya kini berdepan dengan masalah anxiety atau panic attack.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Thank God Semua Berjalan Lancar…Tak Rasa Nak Pengsan’ – Maya Karin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Sesak Nafas Macam Dalam Kubur, Memang Menakutkan’ – Syatilla Melvin
Shima Anuar hidap anxiety, panic attack
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Shima Anuar berkongsi komen ditinggalkan seorang individu kepada Nonny Nadhirah yang mendakwa segelintir artis di Malaysia hanya menggunakan alasan mengalami penyakit bipolar, kemurungan dan sebagainya hanya untuk meraih perhatian.
Menjawab dakwaan tersebut, Shima akui bahawa kesedaran tentang masalah kesihatan mental seperti yang dinyatakan itu adalah sangat penting bagi setiap individu.
Bercerita dengan lebih lanjut, Shima turut mendedahkan dirinya juga merupakan seorang pejuang panic attack dan anxiety.
Saya ada masalah anxiety dan panic attack, tapi saya mendapat sepenuh perhatian daripada insan tersayang. Dalam isu ini, saya langsung tidak boleh memandu. Perasaan takut tiba-tiba datang sehingga buatkan saya tak boleh bernafas.
Tambah Shima lagi, dia mula didiagnos penyakit tersebut selepas dirinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Semua tu jadi lepas terjadinya satu kemalangan semasa saya baru balik dari shooting. Drive seorang diri nak balik tengah malam, lalu jalan hutan, hujan sangat lebat sampai tak nampak jalan dan sebagainya.
Dalam pada itu, Shima menitipkan pesan kepada orang ramai agar tidak menghakimi mereka yang menghidapi masalah kesihatan mental.
Kalau kita tak duduk dekat tempat orang yang ada masalah tu, do not judge. Kita pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sesiapa pun boleh dapat masalah tu.
Perkongsian di Instagram
Sumber: Instagram Shima Anuar