Pelakon Riena Diana kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto bersama Keith Foo dan anaknya, Skylar Raymond Foo di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Boleh Unfollow’ – Riena Diana Sangkal Dakwaan Seksi Sebab Putus Cinta
Artikel Berkaitan: Riena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah – ‘Mereka Hanya Bekerjasama Untuk Satu Produk’
Cinta ketiga
Menerusi posting yang dimuat naik, Riena dilihat meluahkan rasa cintanya. Bukan itu sahaja, Riena turut berkongsi sebuah kata-kata mengenai cinta ketiga.
Cinta ini datang tanpa disedari. Tanpa amaran. Ia menyelinap masuk dengan senyap. Anda tidak mencarinya. Ia datang kepada anda.
Anda boleh membina apa saja tembok yang anda mahu, ia tetap akan runtuh. Anda akan mendapati diri anda mengambil berat tentang orang itu tanpa mencuba.
Mereka mungkin tidak kelihatan seperti jenis yang anda biasanya suka, tetapi anda tenggelam dalam mata mereka setiap hari.
Riena juga menulis mengenai ketidaksempurnaan yang mencuri hatinya dan ingin menuju ke gerbang perkahwinan.
Anda melihat keindahan dalam ketidaksempurnaan mereka. Anda tidak menyembunyikan apa-apa dari mereka. Anda mahu perkahwinan dan keluarga dengan mereka.
Anda berterima kasih kepada alam semesta untuk mereka. Anda benar-benar mencintai mereka.
Menjengah di ruangan kapsyen, Riena secara ringkas menulis, ‘Mine (milik saya), Insya-Allah’ yang turut diletakkan emoji cinta.
Hasil pemerhatian pihak OhBulan! Keith Foo turut meninggalkan komen ‘I’m thankful & grateful for you’ di posting berkenaan.
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang baik buat Riena dan Keith Foo selepas melihat posting tersebut. Pada masa yang sama, mereka berharap Riena akan mengumumkan berita gembira tidak lama lagi.
Sumber: Riena Diana