Pelakon Iqbal Mazlan akui dia masih belum berfikir tentang tarikh perkahwinan buat masa ini. Ini kerana, dia baru sahaja menerima tawaran pekerjaan sebagai pengarah bagi beberapa projek drama pendek yang bakal berlangsung penggambaran pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Mata Iqbal Mazlan Belum Pulih, Perlu Kos RM800 Sebulan – ‘Saya Masih Tidak Dapat Melihat ..’
Artikel Berkaitan: Iqbal Mazlan Rayu Bantuan Kewangan, Cadang Nak Buat ‘Podcast’ Sendiri – ‘Dah Lebih Sebulan Saya Tak Makan Ubat Cina’
Lagi garang daripada emak saya
Menerusi temu bual bersama OhBulan! bekas juara program Pilih Kasih ini berkata, dia sudah bersedia untuk menjadi suami cuma, perlu menunggu masa yang bersesuaian sebelum melangkah ke fasa tersebut.
Cakap soal kahwin, saya belum ada tarikh lagi. Kalau ada InsyaAllah saya akan bagitahu. Kita tak ada apa-apa lagi setakat ini. Lagipun saya baru dapat tawaran kerja. Takkan terus saya nak kahwin. Tak syok. Nak jaga anak orang saya kena standby apa-apa terlebih dahulu.
Paling tidak saya boleh memandu. Sekarang anak orang yang jaga kita. Kita tak nak. Saya memang dah bersedia cuma tunggu masa yang sesuai.
Disoal macam mana boleh mengenali calon isteri, Iqbal secara ringkas memberitahu mereka sudah lama kenal.
OhBulan! sempat bertanya juga kepada Iqbal mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada wanita tersebut. Ujar Iqbal, wanita itu seorang yang garang.
Dia lagi garang daripada emak saya. Contoh, saya nak guna tongkat kena pujuk dua bulan. Dia kata saya bukan buta, cuma sakit mata. Dia tak kisah mengenai keadaan saya. Dia cakap tak akan pergi ke mana-mana.
Berbicara mengenai kondisi mata pula, pelakon yang berusia 35 tahun ini berkata, dia hanya nampak cahaya sahaja dan silau di bahagian bawah.
Tambah Iqbal, masih ada lagi segelintir individu serta rakan yang meragui mengenai masalah penglihatannya.
Ramai orang cakap mata saya nampak macam normal. Mereka meragui. Bahkan dalam kalangan kawan-kawan terdekat pun ada.
Mereka tanya kau nampak atau tak? Mata kau kan okey. Sebenarnya saya tak nampak. Cuma, pendengaran saya memang tajam bila dah berada dalam keadaan yang macam ini.
Saya dengar ikut suara. Semua ikut telinga. Mata saya memang suka liar. Sebab saya bukan dilahirkan sebagai hilang penglihatan.
Mata saya pandai mencari. Mugkin ini kelebihan. Takkan saya nak bawa keluar surat dan tampal supaya orang tahu. Kalau ditanya mengenai terasa hati ataupun tidak dengan mereka yang tidak percaya, mungkin saya terlangar dinding suatu hari nanti baru mereka percaya.
Iqbal yang ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Pendek Pertama Di Malaysia anjuran Just Work Entertainment, baru-baru ini, turut berkongsi mengenai laporan tahap kesihatan matanya selepas menjalani pemeriksaan di sebuah klinik. Jelas Iqbal, dia perlu menerima suntikan ubat secara terus ke dalam biji mata untuk rawatan susulan selepas ini.
Saya masih berharap untuk dapat kembali melihat. Bohong kalau saya kata tak down. Sebab itu saya tak nak cakap pasal hal ini. Nak menangis semua esok. Saya kena ambil suntikan ubat terus ke biji mata untuk rawatan selepas ini. Ada pesakit ambil masa empat tahun boleh lihat semula. Saya harap ada harapan untuk saya.