Pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi pengalaman dirinya berdepan dengan satu kecelakaan kecil sewaktu bermain bola sepak menerusi hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: Ubai Terkejut Tengok Harga Lesen Selepas Hantar Adik Ke Sekolah Memandu – ‘Kenapa Harga Makin Mahal?’
‘Kepala pening seharian’
@ubaimz Leher and tengkuk sakit gila esoknya. Vision pun nampak dua je semua benda. Kepala pening seharian. #fyp? #tiktokmalaysia ? In The End – M?
Menerusi hantaran tersebut, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli memuat naik video dirinya yang terjatuh sewaktu bermain sukan nombor satu negara itu.
Menurut Ubai, itu adalah kali pertama dirinya terjatuh sehingga berlakunya hentakan di bahagian belakang kepalanya.
Pertama kali terhentak macam ini, kena belakang kepala. Bergegar otak.
Hentakan yang dirasainya itu membuatkan kepalanya berpusing dan pening sepanjang hari.
Leher and tengkuk sakit gila esoknya. Vision pun nampak dua je semua benda dan kepala pening seharian.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar tidak berlakunya kecederaan serius pada Ubai.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan kesakitan yang dirasai Ubai tidak setanding dengan kesakitan Shila yang baru sahaja melahirkan anak pertama hasil perkahwinan mereka pada 9 Mei lalu.
Komen netizen
Sumber: TikTok Ubai MZ