berita

Ubai MZ Berhenti Kerja, Mahu Fokus Bisnes & Kebun Di Pahang – ‘Saya Ada Tanam Musang King, Cempedak & Rambutan’

November 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ubai MZ

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ memaklumkan keputusan yang diambil untuk berhenti kerja di sebuah syarikat disebabkan mahu memberi fokus penuh kepada perniagaan baju yang diusahakan.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kacau Ubai’ – Gosip Pelakon Wanita Buat Shila Amzah Bimbang Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Artikel Berkaitan: Tak Perasan! Ubai Tergigit Getah Sayur Masa Makan Ayam Masak Lemak Shila Amzah

Fokus perniagaan

Ubai MZ

Ketika dihubungi OhBulan!, Ubai atau nama lengkapnya Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia juga mahu menguruskan tanah miliknya yang terletak di Pahang.

Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang.

Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.

Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili.

Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana.

Dalam masa sama, suami kepada penyanyi popular Shila Amzah itu berkata dia masih menerima tawaran berlakon dan menjadi ‘talent’ sekiranya dipanggil.

Selain itu, saya masih lagi buat kerja sebagai talent untuk mana-mana program yang diundang. Cumanya sekarang tidak terikat lagi dengan mana-mana stesen TV.

Sementara itu, disoal adakah dia akan mengikut isterinya terbang ke China pada tahun hadapan, Ubai menjawab bergantung kepada kelapangan waktu.

Kalau saya ada masa yang lapang saya akan ikut Shila ke China.

Terdahulu, Ubai menerusi hantaran di Instagram memaklum dia sudah berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran selepas dua tahun bertugas.

SKIP THIS AD ×