Baru-baru ini, pempengaruh media sosial yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi pengalaman dirinya berdepan dengan satu kecelakaan kecil sewaktu bermain bola sepak menerusi hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kepala Ubai MZ Terhentak Masa Main Bola – ‘First Time Kena Macam Ini, Kepala Pening Seharian’
Berikutan daripada kecelakaan tersebut, Shila memberitahu suaminya perlu berehat seketika daripada bermain bola.
Rehat sekurangnya enam minggu
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shila berkata, suaminya perlu berehat seketika lebih kurang enam minggu daripada melakukan aktiviti sukan seperti itu.
Selepas ini, pengadil kena peka. Lama dah member terbaring dekat padang baru nak tiup wisel. Pada suami-suami, lepas mengalami kemalangan terutama di kepala dan lutut, pergi je la hospital.
Pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini sempat memberi nasihat buat para suami agar segera ke hospital sekiranya berdepan dengan kecelakaan sewaktu bermain bola.
Apa la takut sangat nak pergi hospital? Saya perasan ramai betul lelaki takut hospital. Bila dah teruk baru nak pergi. Ubai tiada pilihan nak takut hospital sebab dia tahu saya paling utamakan bab-bab kesihatan ini.
Di akhir posting, Shila memohon doa daripada semua agar suaminya segera sembuh.
Doakan Ubai cepat sembuh, boleh pergi fisioterapi.
Sumber: Shila Amzah