Sejak kebelakangan ini, isu kanak-kanak dan orang dewasa hilang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
Masa umur tiga empat tahun
Di Instagram, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra dilaporkan pernah hilang sewaktu usianya masih kecil.
Dulu Dekta pun pernah hilang. Sekali dengan kita rasa lega dapat berita ni. Yelaa bila tengok kes kehilangan budak ni, teringat dulu masa Dekta umur tiga empat tahun.
Difahamkan, Dekta hilang di tengah ibu kota dan Shuib pada masa itu terlalu takut.
Hilang di tengah KL. Sekelip mata sahaja. Dalam beberapa saat hilang dari pandangan. Ya Allah masa itu perasaan jangan cakap la, Daddy Dekta pon sampai kelu lidah tak terkata. Terlalu takut. Ibu Dekta lagi la, terlalu risau, tambah pula itu satu-satunya anak perempuan.
Kami cari merata tempat dan Alhamdulillah dalam masa tak sampai sejam dah jumpa. Kami berpecah masa itu untuk cari Dekta. Atok yang jumpa Dekta berdekatan dengan stesen LRT.
Menurut pengelola akaun arwah Sarah, mereka faham perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak. Oleh sebab itu, pengelola akaun tersebut menitipkan nasihat agar semua ibu bapa pantau pergerakan anak-anak tidak kira masih kecil atau besar.
Kami faham sangat perasaan orang-orang yang kehilangan anak ni. Gelap dunia jadinya. Zaman sekarang ni terlalu bahaya, tak boleh leka walau sesaat. Awasi dan pantau la anak-anak, tak kira yang masih kecil atau besar.