Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Throwback’ Video Pembunuh Zulfarhan Tersenyum Ketika Terlepas Hukuman Gantung
Warden dah dapat surat layang?
Inilah surat layang yang ditulis oleh sahabat arwah zulfarhan iaitu aiman aufa dan akmal akif alias untuk meminta pertolongan daripada warden tapi malangnya si warden bodoh tu letak dalam group wasap?Sbb tu tertuduh pindahkan arwah sbb takut kantoi. pic.twitter.com/CVyB8YOhjk
— KnizaM Leo ??? (@kroolnizam) July 24, 2024
Terbaharu, tular pula satu berita yang mendakwa terdapat satu surat layang pernah dihantar seorang penuntut UPNM yang meminta bantuan daripada warden mereka untuk menyelamatkan Allahyarham Zulfarhan.
Difahamkan, surat layang tersebut memaklumkan bahawa Allahyarham Zulfarhan berada dalam keadaan kritikal di dalam bilik 4-10, Blok Satria dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Kalau ada hati perasaan dan sifat peri kemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid).
Dalam (bilik) itu ada pesakit yang memerlukan rawatan segera.
Surat layang yang ditulis di atas kertas A4 itu kemudiannya diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 manakala satu lagi surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.
Hantaran yang tular di aplikasi X itu telah menyorot perhatian wargamaya yang rata-ratanya mempersoalkan pihak pengurusan universiti dalam menangani masalah buli yang berlaku.
Rita setuju tindakan diambil
Sementara itu, pelakon filem yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ iaitu Rita Rudaini menegaskan dia sangat menyokong sekiranya pihak yang menerima surat layang tersebut turut dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut Rita, mana-mana sekolah atau pun institusi berasrama penuh perlu menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dan bertindak dengan kadar segera sekiranya menerima aduan mengenai kes buli.
Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sumber: Instagram Rita Rudaini, Aplikasi X