Sebelum ini, usahawan yang merupakan pengasas produk Ainaa Beauty iaitu Hafiz Mahamad mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya dan beberapa orang pekerja yang mahu mencium Hajar Aswad sewaktu sedang mengerjakan umrah di TikTok
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berhimpit Nak Cium Hajar Aswad, Hafiz Mahamad Dikecam Netizen – ‘Patut Ke Makkah Beribadah Bukan Buat Konten’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jadikan Video Itu Kenangan & Boleh Wujudkan Keberanian Kepada Sahabat’ – Hafiz Mahamad
Namun begitu, video tersebut dipercayai telah dipadam berikutan Hafiz teruk dikecam warganet.
Jadi fitnah dekat agama?
Terbaru, seorang pengguna di aplikasi X mengucapkan ‘tahniah’ kepada Hafiz kerana videonya itu telah menjadi konten fitnah di negara luar.
Difahamkan video yang dimuat naik semula oleh pengguna X Hindutva Knight telah meraih sehingga 5 juta tontonan. Di ruangan kapsyen, pengguna X ini menulis golongan wanita telah mengalami gangguan yang ganas ketika beribadah di Mekah.
Individu tersebut juga cuba menimbulkan provokasi mempersoalkan adalah masjid sebuah tempat yang selamat untuk wanita.
Susulan viral hingga dipandang serong oleh agama lain, netizen kebanyakannya berasa malu dengan tindakan Hafiz Mahamad dan menasihati usahawan itu untuk lebih berhati-hati apabila melakukan konten di media sosial.
Sumber: X