Personaliti media sosial, Ananda Natasha sekali lagi membongkarkan satu per satu ‘rahsia’ di sebalik rumah tangganya dengan bekas suami, Andika Putera.
Artikel Berkaitan: Andika Putera Ugut Nak Sebar Video ‘Bersama’ Bekas Isteri? – ‘Nampak Muka Awak Je, Tak Nampak Saya’
Artikel Berkaitan: Ananda Natasha Terpaksa Mengemis Minta Hutang Dari Andika, Duit Dalam Akaun Bank Tinggal RM29.24
Andika suruh tipu mahkamah?
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Natasha memberitahu ini merupakan kali kedua mereka bercerai tetapi Andika menyuruhnya berbohong kepada mahkamah mengenai talak yang dilafazkan.
Bukan main kau suruh aku cakap dekat hakim cerai 1 kali je. Tak perlu cakap dua kali nanti susah nak uruskan hal mahkamah. Tapi sekarang ni, kau pula pergi petik cerai kali kedua.
Natasha turut menunjukkan bukti bahawa dia telah diceraikan menerusi WhatsApp ketika berada di kampung.
Bukan itu sahaja, Natasha turut memberitahu bahawa Andika telah menuduhnya menggunakan isu perceraian ini untuk tujuan ‘marketing’ sedangkan dia tidak pernah mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.
Sebelum sah bercerai pun awak dah tak sabar-sabar dan nak buat marketing cerai untuk viral. Jadi awak nak cakap saya yang meraikan view padahal sebelum saya viralkan benda ni, saya dah memang ada view dah.
Tak perlu pun saya nak viralkan benda tu. Kalau saya nak viralkan, saya dah lama post benda ni dekat TikTok. Tapi saya tak buat, saya tak ada plan marketing macam awak.
Difahamkan, Andika dan Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Sumber: TikTok Ananda Natasha