Pempengaruh media sosial Ameera Khan akhirnya membuka mulut menjawab spkeluasi netizen yang mendakwa dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Nafi Cacah Tatu Di Tangan, Perjelas Hanya Bekas Henna – ‘Tolong Berhenti Buat Spekulasi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Nak Calon Suami Setia, Pemurah & Hormat Keluarga – ‘Rezekinya Yang Luar Biasa Dan Istimewa’
Ameera nafi bercuti dengan Meerqeen?
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil menafikan dakwaan tersebut.
Tambah Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa menjelaskan bahawa dia ke pusat peranginan tersebut bersama sepupunya, Aisha serta ditemani pengawal pengiring dan pemandu. Penjelasan itu sekaligus menjawab persoalan bahawa dia tidak bersama Meerqeen seperti yang didakwa ramai.
Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, bodyguard dan pemandu. Hanya kami berempat.
Bukan itu sahaja, Ameera turut memaklumkan dia sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London.
Saya ada teman lelaki dan dia berada di London.
Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih. Shut your mouth and piss off.
Terdahulu, timbul spekulasi mereka berdua Bali apabila netizen mendakwa terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam sebuah foto yang dimuat naik Ameera.
Sumber: Instagram Ameera Khan