berita

[VIDEO] Ameera Khan Nak Calon Suami Setia, Pemurah & Hormat Keluarga – ‘Rezekinya Yang Luar Biasa Dan Istimewa’

January 16th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

LMK

Personaliti media sosial, Ameera Khan menitipkan doa berkenaan jodoh ketika berada di perkarangan Masjid Nabawi, Mekah bersama ibu tercinta, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga lain.

Artikel Berkaitan: Saling Merindu, Jejaka Sado Teman Istimewa Ameera Khan? – ‘Awak Wanita Tercantik Di Dunia’

Artikel Berkaitan: ‘Tadi Kan Facetime’ – Meerqeen & Ameera Khan Mesra Borak Pasal Rambut, Netizen Cakap Comel Sangat

Doa jodoh

Ameera khan mekah

Menerusi video yang dimuat naik Noor Kartini, Ameera meninggalkan komen dengan mendoakan agar dirinya dijodohkan dengan lelaki yang beriman, soleh serta mempunyai peribadi yang mulia.

Kata Ameera atau lebih mesra disapa LMK, dia juga menginginkan calon suami yang menyayangi dirinya sepenuh hati.

Doakan baby dapat jodoh yang beriman, yang hatinya putih, bersih, baik, lembut dan bercahaya. Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimulia dan dihormati oleh orang-orang sekelilingnya.

Dan yang paling penting yang sayang baby lebih pada baby sayang dia.

Dalam pada itu, adik kepada selebriti terkenal Neelofa berharap agar lelaki terbabit turut menghormati ibu bapa dan keluarganya serta akan setia hingga akhir hayat.

Hormat baby, mama, daddy dan seluruh keluarga, setia dengan baby sampai jannah. Amin.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×