Usahwan Siti Jamumall mendedahkan tidak mempunyai hubungan baik dengan adiknya yang juga pempengaruh media sosial, Khairul Shukri atau lebih dikenali sebagai Uciluna.
‘Tak tahu apa yang dia benci sangat’
@cikpuanshikin35 Sedihnya yaaallahhh dengar luahan hati Siti kenapa uci mcm tu ?? #fypage #aimantakkesah #sitijamumall ? lagu sedih bikin nangis – Sihon oye
Menerusi potongan video yang direkod semasa sesi siaran langsung di TikTok, Siti Jamumall atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin menjawab persoalan netizen yang bertanya mengapa dia tidak hadir ke majlis cukur jambul anak Uciluna.
Saya tak nak datang, kalau orang tak jemput saya tak datang. Saya dengan abang saya tak dijemput, tak tahu lah apa salah kami.
Dakwa Siti, dia juga tidak tahu mengapa adik lelakinya itu memberi layanan sebegitu kepada dirinya sedangkan dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak.
Tak tahu apa yang dia benci sangat dengan abang dengan kakak dia. Saya tak buat apa-apa, saya hanya jadi seorang kakak yang menasihati kalau ada perkara yang tak betul.
Kadang-kadang orang yang bising, hati dia lebih lembut tapi orang yang nampak lembut sebenarnya hati dia keras.
Dalam pada itu, Siti mendedahkan bahawa hubungannya dengan Uciluna mula renggang sejak adiknya itu berusia 18 tahun.
Semenjak Uci membina nama dia di media sosial, dia dah keluar dari keluarga. Buang saya dengan abang.
Semenjak usia dia 18 tahun, dia keluar dari syarikat dan mula bisnes dia sendiri. Saya kalau jumpa dia, saya layan dia secara baik tapi kadang-kadang sedih. Saya tak tahu apa salah saya.
Perkongsian tersebut turut mendapat respon Uciluna yang menjelaskan bahawa tidak semua perkara perlu diceritakan kepada umum kerana ianya akan membuatkan isu tersebut menjadi lebih besar.
Tak semua benda Uci kena kongsi dekat media sosial. Kalau nak jelaskan buat video akan jadi panjang dan akan jadi besar. Apa yang berlaku biarlah uci simpan sendiri.
Sumber: TikTok