Tiga tahun ‘menyepi’, penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Padam Akaun Instagram, Penat Jadi Hipokrit Depan Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kurus Bukan Sebab Hisap Batu Atau Dadah Seperti Dituduh, Tapi Sakit Slip Disc’ – Hafiz Suip
‘Berehat seketika’
Sebaliknya, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia mengambil keputusan untuk berehat seketika disebabkan berdepan dengan masalah yang enggan dikongsikan secara terperinci.
Sebenarnya saya tak kata nak tinggalkan industri atau merajuk, tidak pernah. Cuma saya rasa macam nak berehat sekejap. Nak Tarik nafas, sebab dengan keadaan di mana kita pun ada masalah sendiri.
Jadi, saya rasa tiba masa untuk berehat sekejap. Saya sentiasa ada dalam industri, cuma kurang diri saya nak menonjol seperti dahulu.
Saya kena terima, apa yang saya maksudkan sudah tidak relevan sebelum ini, begitulah. Benda ini hakikat di mana adanya orang baharu, orang lama ini tenaga dah tak sama seperti dulu. Sudah tentu beri kesan kepada kita.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui usai membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kemunculan Hafiz di konsert itu sekali gus telah mengubat kerinduan peminat yang turut memberi sorokan serta ‘standing ovation’ terhadapnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Masih Jelas ini menyedari dirinya pernah berada dalam keadaan ‘meroyan’ namun menganggap itu merupakan fasa di mana semua manusia juga melaluinya.
Sejujurnya saya dalam keadaan tidak baik. Mungkin waktu itu semua orang tengok saya macam meroyan. Saya sedar apa yang saya buat, kenapa saya jadi macam itu. Saya sedar yang saya juga manusia biasa.
Hiburkan hati
Sementara itu, juara Akademi Fantasai 7 ini memberitahu dia banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti memancing di kampung halaman, Kuching, Sarawak untuk menghiburkan diri.
Saya banyak habiskan masa untuk gembirakan diri sendiri. Asyik saya hiburkan orang, jadi tiba masa saya hiburkan diri saya dengan aktiviti saya selalu buat.
Macam memancing, saya pergi jumpa ibu ayah saya. Saya sekarang memang menetap di Kuching, sejak dua bulan lalu. Dekat kampung pun, saya menjana pendapatan juga.
Saya seronok, saya sewakan bot, walaupun tak ada mahal tapi harga itu sangat memorable, tak boleh dibeli.
Dalam perkembangan lain, Hafiz memberitahu dia bakal mengadakan konsert solo di Kuching pada 13 Oktober depan.