Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sanggup membuat laporan palsu di balai polis hanya kerana takut dimarahi isterinya.
Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Direman Kerana Buat Laporan Palsu, Dakwa Diri Disamun Elak Didenda JPN
Dah habiskan duit gaji
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan New Straits Times (NST), lelaki berusia 65 tahun itu membuat laporan palsu mendakwa dirinya telah dirompak oleh dua orang lelaki Rohingya di Kijal, Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, berdasarkan laporan yang dibuat lelaki berkenaan mendakwa dia telah didatangi dua lelaki yang meminta bantuan untuk membawa rakannya yang sakit pergi ke klinik.
Dakwa lelaki itu, sejurus selepas dirinya keluar dari kenderaan, salah seorang daripada lelaki Rohingya itu telah meletakkan pisau di belakangnya manakala lelaki yang terbaring kesakitan bangun dan mengacukan parang ke perutnya.
Dia juga mendakwa kedua lelaki warga asing itu telah melarikan wang kepunyaannya sebanyak Rm1,100 dengan menaiki motosikal.
Walau bagaimanapun, tipu helah lelaki itu terbongkar apabila siasatan dibuat pihak mendapati tiada rompakan yang berlaku seperti mana yang didakwa lelaki tersebut.
Selepas disoal siasat, lelaki berkenaan kemudiannya mengaku bahawa dia hanya mereka cerita.
Dia membuat laporan palsu kerana terdesak dan takut untuk memberitahu isterinya bahawa dia telah menghabiskan kesemua gajinya, termasuk wang perbelanjaan mereka.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.
Sumber: NST